![]() |
Honda CRV musnah dijilat api sepenuhnya di Batu Enam, Sandakan |
SANDAKAN: Sebuah kenderaan jenis Honda CRV musnah dalam sebuah kejadian kebakaran di Batu Enam, Sandakan, petang Isnin.
Komander Operasi, PBK II Hazmizan Maksit berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada pukul 4.32 petang.
"Selepas menerima panggilan kecemasan MERS999, seramai sembilan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan dikejarkan ke lokasi.
"Setibanya di lokasi iaitu di IJM Batu Enam, anggota segera menjalankn operasi pemadaman api yang sedang marak dan memusnahkan sejenis kereta Honda CRV model 2004," katanya.
Menurut beliau lagi, kebakaran dapat dikawal pada pukul 4.48 petang dan operasi ditamatkan pada pukul 5.06 petang, Isnin.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan daripada kejadian tersebut.