Polis giat kesan penjenayah lelaki di Tawau

 

Penjenayah lelaki diburu polis Tawau

TAWAU: Pihak polis kini giat mengesan seorang penjenayah lelaki yang terbabit dengan kes kecurian di sekitar daerah ini.

Polis IPD Tawau dalam satu kenyataan media pada Rabu berkata, suspek itu diburu bersabit kes di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. 

"Kes ini berlaku di kawasan kedai-kedai, Jalan Kee Abdullah pada 5 Ogos lalu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu tersebut mahupun pakaian yang digunakan suspek, diminta tampil dan memberikan kerjasama.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan boleh menghubungi hotline Polis Tawau di talian 089-772121 atau pegawai penyiasat Chong Fung Mee di talian 013-8840113 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama