![]() |
Bomba sedang menjalankan kerja-kerja memadamkan kebakaran |
Komander Operasi, PBK I KUP Syamzari Ganih berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada pukul 7.32 petang.
"Selepas menerima panggilan kecemasan MERS999, seramai 18 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan dikejarkan ke lokasi.
"Anggota bertugas tiba di lokasi kejadian dan menjalankan kerja-kerja pemadaman api," katanya.
Tambah beliau lagi, kejadian kebakaran itu telah memusnahkan keseluruhan rumah setinggan tersebut.
"Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian kebakaran ini.
"Operasi pemadaman api yang dijalankan berjaya dikawal pada pukul 8.04 malam dan selesai sepenuhnya pada pukul 8.44 malam," ujar beliau lagi.