Penunggang motosikal maut, kemalangan di Pekan Menggatal



Motosikal ditunggang mangsa (Sumber Foto: OCPD)



KOTA KINABALU: Seorang maut manakala seorang lagi penunggang cedera selepas motosikal yang ditunggang masing-masing berlanggar di simpang pekan Menggatal, Jalan Tuaran dekat sini malam tadi (Sabtu).


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisoner Kasim Muda berkata kejadian kemalangan maut itu berlaku kira-kira pukul 10.20 malam tadi (17 Ogos) di simpang pekan Menggatal, Jalan Tuaran. 


"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila penunggang motosikal berumur 28 tahun yang menuju ke arah pekan Menggatal telah berlanggar dengan motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki berumur 44 tahun dari arah Telipok menuju ke Inanam.


"Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan motosikal yang ditunggang oleh mangsa yang telah cuba masuk jalan susur menggatal untuk menyeberang jalan lalu berlanggar dengan motosikal yang ditunggang oleh mangsa yang bergerak lurus dari arah Telipok ke Inanam.


"Akibat kemalangan ini, mangsa berusia 44 tahun itu telah mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian manakala mangsa berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian kaki," katanya dalam sebuah kenyataan, pada Ahad.


Menurut Kasim, mangsa yang cedera kini mendapat rawatan di zon kritikal Hospital Queen Elizabeth 1.


"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama