![]() |
Hajiji |
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri komited dalam usaha memastikan pembangunan saksama antara semua kaum seluruh negeri, termasuk aspek kebudayaan.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata usaha itu seiring dengan komitmen kerajaan yang sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan sederhana terhadap segala polisi, serta menggalakkan setiap kumpulan etnik meneruskan usaha memperkasa dan memajikan budaya masing-masing.
"Hal ini termasuk untuk kaum Tionghua di Sabah juga dan untuk pengetahuan semua, untuk tahun 2024, kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah RM56.75 juta untuk badan-badan keagamaan bukan Islam, mubaligh, sekolah jenis kebangsaan dan persendirian, seluruh negeri," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Perayaan Ulang Tahun ke-30 dan Majlis Angkat Sumpah Ahli Jawatankuasa Pusat Penggal ke-14 Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) di Dewan Hakka, Teluk Likas pada Jumaat malam.
Teks ucapan Hajiji itu dibacakan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri, Datuk Phoong Jin Zhe.
Menurut Hajiji lagi, jumlah peruntukan yang diberikan untuk tujuan tersebut bagi tahun ini adalah lebih tinggi berbanding tahun lalu.
“Jumlah peruntukan ini lebih tinggi iaitu bertambah sebanyak RM2.7 juta berbanding RM54.05 juta pada tahun lalu.
"Peningkatan peruntukan ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri amat prihatin dan serius dalam membantu masyarakat di negeri Sabah tanpa mengira kaum, bangsa dan agama," katanya lagi.
Tambah Hajiji lagi, sejak dulu FCAS turut memainkan peranan penting membantu kerajaan peningkatan ekonomi negeri dan berharap kesepaduan dan kerjasama yang erat dalam FCAS diterjemahkan untuk menyokong dan membantu kerajaan meningkatkan lagi pembangunan di Sabah.
“Saya mahu peranan ini berterusan untuk sama-sama menyokong usaha kerajaan khususnya dalam menjayakan pelbagai inisiatif dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
"Dengan pengaruh, kepakaran dan rangkaian FCAS yang luas, saya yakin gabungan ini akan memanfaatkan semua inisiatif kerajaan serta memainkan peranan dalam usaha membantu negeri ini, terutama membawa lebih ramai pelabur datang ke negeri ini," tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Hajiji juga menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada FCAS kerana menjangkau usia 30 tahun dan di atas inisiatif untuk membeli sebuah bangunan empat tingkat di Kampung Air, Kota Kinabalu sebagai Wisma FCAS.
“Tepat pada masanya FCAS memiliki bangunan sendiri di Bandaraya Kota Kinabalu dan Wisma FCAS akan tampil sebagai lambang bersatu padu dan bekerjasama antara semua persatuan-persatuan Cina dan juga semua kaum Tionghua di Sabah dan WP Labuan.
“30 tahun adalah satu jangka masa yang agak panjang dan bukan senang bagi satu pertubuhan dapat ditadbirkan dengan baik dan lancar. Tahniah kepada FCAS dan selamat hari jadi yang ke-30," jelasnya.
Hajiji juga menyatakan keyakinan beliau terhadap gandingan Tan Sri Dr. TC Goh dan Datuk Susan Wong yang sekali lagi terpilih menterajui pimpinan FCAS Penggal ke-14 akan memberi lebih banyak sumbangan kepada masyarakat Tionghua dan memastikan hubungan yang rapat dan baik dengan Kerajaan Negeri.
Selain itu, Hajiji turut menyeru semua kaum supaya sentiasa berusaha mengekalkan keharmonian dan keamanan sejagat seluruh negeri tanpa menjadikan perbezaan budaya sebagai isu atau memulakan persengketaan.
"Sempena bulan kemerdekaan, saya amat berharap keharmonian dan keamanan yang dikecapi rakyat berbilang kaum di Sabah akan terus kekal.
"Sama-samalah kita semua terus berusaha untuk memastikan keamanan ini agar ia akan terus dijalinkan dan terpelihara," ujar beliau lagi.