Kancil terbabas, warga emas maut dan tiga cedera

 

Perodua Kancil terbabas, ragut nyawa warga emas


TAMBUNAN: Seorang lelaki warga emas maut, dan tiga lagi mangsa cedera selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabas sendiri ke bahu jalan di Kampung Pahu pada petang Khamis. 

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Selverinus Sixtus Geoffrey berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 6.43 petang.

Anggota Bomba dan Penyelamat semasa usaha mengeluarkan mangsa dari kenderaan


Susulan itu katanya, seramai lapan anggota bomba dari BBP Tambunan telah diarahkan ke lokasi kejadian yang turut disertai oleh, pihak perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

"Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Perodua Kancil terbabas sendiri di bahu jalan dan empat orang mangsa dilaporkan terlibat dalam kemalangan itu. 

"Dua mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan khas manakala, dua orang lagi berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

"Mangsa yang maut adalah lelaki warga emas berumur 66 tahun, manakala dua mangsa yang cedera pula adalah wanita warga emas masing-masing berumur 61 tahun dan 64 tahun serta seorang lagi mangsa turut cedera adalah lelaki," katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Khamis malam.

Menurut beliau lagi. kesemua mangsa yang mengalami kecederaan telah di bawa ke Hospital Tambunan oleh pihak ambulans KKM untuk menerima rawatan susulan. 

"Mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya," jelasnya. 

Operasi menyelamat selesai sepenuhnya pada pukul 8.05 malam.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama