![]() |
Kenyataan media daripada METMalaysia |
KOTA KINABALU: Sebuah gempa bumi lemah dengan magnitud 3.9 berlaku di perairan Tawau, pada pukul 10.19 pagi, Jumaat.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam sebuah kenyataan media memberitahu bahawa gempa bumi tersebut terletak 4.4 darjah Utara dan 118.8 darjah Timur.
"Gempa dengan kedalaman 19 kilometer ini, berlaku kira-kira 36 kilometer daripada Semporna.
"Gegaran gempa bumi ini mungkin dirasai di Malaysia," katanya.
Selain itu, METMalaysia juga memberitahu bahawa pihaknya akan terus memantau keadaan itu dari semasa ke semasa.