Amaran ribut petir di Pantai Barat Sabah dan Tawau

Amaran ribut petir dari METMalaysia


KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) petang Jumaat mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa kawasan termasuk negeri Sabah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada pukul tiga petang, Jumaat, METMalaysia memberitahu bahawa kawasan Pantai Barat Sabah seperti Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran akan mengalami hujan ribut petir dan hujan lebat, dijangkakan sehingga pukul enam petang.

Selain itu, Tawau turut menerima amaran ribut petir dan hujan lebat.

Negeri lain yang turut menerima amaran ribut petir dan hujan lebat yang sama ialah Kedah (Langkawi, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Kerian, Matang, Larut, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Mualim), Kelantan (Jeli, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu (Besut), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Pekan dan Rompin), Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi), dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Siong).


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama