![]() |
Kanak-kanak tanpa kerakyatan. (Sumber Foto: Free Malaysia Today) |
KOTA KINABALU: Usahawan bergelar jutawan, Tan Sri Vincent Tan menggesa agar pendekatan kemanusiaan diambil bagi mengatasi nasib kanak-kanak 'stateless' atau tanpa kerakyatan di Sabah, khasnya bagi memastikan mereka dapat membesar dan diberi pendidikan yang bermanfaat, dari sudut ekonomi Sabah.
Menurut Vincent, isu itu dibangkitkan bersama beberapa pemimpin Sabah dan beliau menyeru agar isu tersebut diberi pertimbangan dan kanak-kanak tanpa kerakyatan di Sabah dapat diberikan status pemastatutin tetap, dengan syarat mereka tidak layak mengundi.
Vincent mengakui akan kebimbangan orang asal tempatan khasnya berkaitan jumlah serta potensi serta keseimbangan politik tempatan, dan hanya menyokong usaha untuk memberikan akses pendidikan serta peluang pekerja (kepada kanak-kanak tanpa kerakyatan).
Beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya Tzu Chi mengimbau kembali lawatan beliau ke Tawau pada tahun 2017 dan Sandakan pada tahun lalu yang mana semasa lawatan itu, beliau melihat keadaan daif serta serba kekurangan yang dialami oleh kanak-kanank tanpa kerakyatan itu.
"Di Tawau, saya melawat sebuah sekolah yang diasaskan oleh Pertubuhan Tzu Chi dan ada kira-kira 300 kanak-kanak tanpa kerakyatan di sana yang tidak berkemampuan untuk hadir di sekolah-sekolah kerajaan.
"Mereka memakai uniform dengan kemas dan menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu, Cina dan Inggeris. Saya kagum.
"Bagaimanapun, saya tersentuh dan sedih bila melihat keadaan hidup kanak -kanak ini (tanpa kerakyatan), mereka kekurangan dari pelbagai aspek dan ada yang sampai mengutip serta pengumpul sampah untuk mencari makanan serta menjual barang berharga yang dijumpa di dalam sampah," kata Vincent yang juga merupakan penyampai ucaptama di acara CEO Master Kelas 2024 SABAH, di sini pada Khamis.
Acara itu dianjurkan oleh Sabah Young Business and Industry Leaders Networks dengan kerjasama Malaysia Chamber of Commerce & Industry Sabah Chapter.
"Saya katakan ini kepada beberapa pemimpin tempatan di Sabah, bahawa kerajaan perlu lakukan sesuatu untuk masalah ini.
"Sebagai contoh, berapa sekolah yang boleh dibina? Tzu Chi membina enam atau tujuh.
"Tzu Chi ada meminta kebenaran untuk usaha membina sekolah lebih banyak dijalankan, malah, baru -baru ini mereka ada bersua dengan saya untuk berbincang dengan Menteri Pendidikan untuk memohon agar beberapa lagi sekolah untuk kanak-kanak tanpa kerakyatan ini bina.
"Saya bercakap dengan Menteri, Fadhlina Sidek dan sekarang dia cuba membantu serta memberi kebenaran untuk membina lebih banyak sekolah, "katanya.
Vincent turut menegaskan bahawa usaha untuk membantu kanak-kanak tanpa kerakyatan perlu dilakukan.
"Mereka mungkin tidak mempunyai apa-apa, tidak dapat untuk ke mana-mana atau kembali ke mana-mana kerana mereka tidak mempunyai sebarang dokumen sah, bahkan Filipina juga tidak mengiktiraf mereka sebagai warganegara, "katanya.
Jelas Vincent lagi, walaupun beliau bukan rakyat asal negeri Sabah, namun usaha itu adalah usaha amal kebaikan dengan nama negara.
"Kita sebuah negara, walaupun saya bukan orang Sabah, tapi Sabah sebahagian dari Malaysia dan usaha yang mampu dilakukan adalah usaha yang akan membawa kebaikan kepada semua, khasnya Sabah," ujar beliau lagi.
Sumber Berita: Daily Express