![]() |
Amaran ribut petir dari METMalaysia |
KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di seluruh negeri Sabah menerima amaran hujan lebat dan ribut petir.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan pada pukul empat petang, hari Sabtu.
"Beberapa kawasan Pedalaman (Beaufort, Kuala Penyu dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu), Sandakan (Tongod dan Sandakan), termasuk Labuan," katanya.
Amaran ribut petir dan hujan lebat itu dijangkakan berterusan sehingga pukul tujuh malam ini.
Selain itu, negeri lain yang turut menerima amaran yang sama ialah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.