62 rumah setinggan haram dirobohkan di Kota Kinabalu

Usaha membanteras pembinaan rumah setinggan haram akan diteruskan pihak berkuasa

KOTA KINABALU: 62 buah rumah setinggan haram dirobohkan dalam sebuah operasi yang dijalankan oleh pihak polis Daerah Kota Kinabalu di sini pada Rabu.


Menurut sebuah kenyataan di laman media sosial Facebook milik Polis Daerah Kota Kinabalu, operasi itu dijalankan dengan kerjasama daripada beberapa agensi kerajaan.


“Kita bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), RELA, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Jabatan Tanah dan Ukur, serta Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.


Menurut kenyataan itu lagi, kesemua rumah setinggan itu dibina secara haram dan tidak memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan.


"Usaha ini adalah usaha berterusan pihak polis yang bukan sahaja bertujuan untuk menghapuskan pembinaan petempatan setinggan haram, tetapi juga untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk sekitar.


“Ini juga adalah sebahagian daripada usaha membanteras jenayah, pendatang asing tanpa izin (PATI), dadah, dan gejala sosial di sekitar daerah ini," ujarnya lagi.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama