Sebanyak RM62 juta diperuntukkan untuk projek pembangunan TVET di Sabah.

 



KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata kos peruntukan untuk melancarkan projek pembangunan TVET di Sabah mencecah RM62 juta.

Menurutnya, peruntukan tersebut diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 di bawah Rolling Plan satu dan empat, dengan kos keseluruhan sebanyak RM197.32 juta.

“Pada tahun 2023 dan 2024, pembekalan peralatan dan perabot Kolej Vokasional Sandakan 2, Sabah berjumlah 1.975 juta ringgit. Tahun 2024, pembekalan peralatan MPV dan MPEI di Sabah melibatkan 8 Sekolah Menengah Kebangsaan berjumlah 145,988 ringgit. Jumlahnya 62.91 juta diperuntukkan untuk Sabah” Katanya di Sidang Rakyat. 

Kenyataan beliau susulan daripada soalan yang diberikan oleh Vivian Wong Shir Yee (PH Sandakan) mengenai jumlah peruntukan untuk menaiktaraf bengkel institut TVET terutamanya di Sabah, memetik laporan Utusan Borneo.  

Beliau berkata bahawa Kementerian Pendidikan akan sentiasa komited dalam memastikan murid yang mengikuti pendidikan TVET akan didedahkan dengan teknologi dan kemahiran yang terkini. 


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama