Jadual PMX bertembung dengan Himpunan BN Sabah

 

KOTA KINABALU: Masih tidak jelas sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Himpunan Barisan Nasional (BN) Sabah di Sandakan pada 21 Julai, ahad ini.

Memetik laporan The Borneo Post, Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengatakan beliau percaya Anwar telah menerima jemputan itu, namun perbincangan diperlukan sebelum keputusan dibuat.

Shamsul menjelaskan terdapat pertembungan, kerana menurutnya Perdana Menteri dijadualkan menerima kunjungan Menteri Kanan Singapura dan bekas Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.

“Saya tidak pasti mengenai perkembangan terkini, tetapi beri kami satu atau dua hari kerana Perdana Menteri mempunyai komitmen lain pada masa ini." katanya

Melalui edaran tentatif HBNNS, Perdana Menteri dijangka akan hadir dan memberikan ucapan dalam majlis tersebut.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama