Kenyataan tersebut dibuat sebagai rasa
tidak puas hati terhadap kaedah pengukuran tafsiran kemiskinan yang disebut
oleh Menteri Kewangan Malaysia di Sabah.
Bung Moktar merasakan bahawa kaedah
pengukuran tersebut tidak mencerminkan realiti sebenar kemiskinan di Sabah,
terutamanya di daerah-daerah miskin seperti Tongod dan Kinabatangan yang masih
kekurangan kemudahan asas.
“Di sabah ini populasi dia 3.9 Juta,
jadi saya ingin tanya Menteri ekonomi, bagaimana tahap tafsiran kemiskinan di
Sabah dan semenanjung. Di sabah, daerah miskin Tongod dan Kinabatangan ini di dengan
keluasan yang dia sama seperti keluasan negeri Pahang.
Saya rasa Yang Berhormat ada tersilap
sikit menafsir. Dan saya rela bawak Yang Berhormat selama dua dan tiga hari
untuk ‘tour’ di kawasan-kawasan miskin tegar. Jalan raya, api, elektrik dan air
tidak ada. Saya tidak tahu di Sabah Cuma 6,000. Saya rasa itu adalah penghinaan
terhadap orang-orang miskin tegar di sabah. “Katanya di sidang Dewan Rakyat pada
Rabu.
Memetik laporan Sinar Harian, Rafizi
Ramli menyatakan bahawa RM1,218 adalah jumlah perbelanjaan yang diperlukan
untuk satu isi rumah. Di Sabah, 38 peratus daripada isi rumah berada di bawah
kategori miskin tegar, iaitu sebanyak 6,937 daripada jumlah keseluruhan 18,445
isi rumah miskin tegar di Malaysia.