KOTA KINABALU: Jentera Barisan Nasional (BN) di beberapa bahagian di negeri ini perlu ditambah baik sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sekaligus memastikan tahap kesiapsiagaan jentera pada tahap seratus peratus.
Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, Ibu Pejabat BN Pusat dan negeri tidak hanya semata-mata bergantung dengan laporan atas kertas tapi melihat kekuatan jentera di peringkat akar umbi yang akan menentukan kemenangan BN dalam PRU ke-15 akan datang.
Menurut Bung yang juga Ketua UMNO Sabah, jentera di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan juga cawangan perlu diperkasakan serta melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.
“Kunci kemenangan adalah kekuatan jentera akar umbi. Yang penting buat kerja yang terbaik di peringkat PDM dan Cawangan. Kita harus bekerja seperti mahu menang dan kekuatannya ada di sini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sesi Libat Urus PRU Ke-15 Biro Politik UMNO bahagian-bahagian Negeri Sabah bersama Timbalan Presiden UMNO Dato Seri Utama Mohamad Hasan di Bangunan UMNO, pada Ahad.
Hadir sama Naib Presiden UMNO Dato Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Agung UMNO Datuk Ahmad Maslan; Setiausaha BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Ketua Pemuda Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Dalam perkembangan sama, Bung memberitahu kekuatan UMNO di peringkat Bahagian sahaja tidak mencukupi sekiranya di peringkat PDM tidak memainkan peranan, justeru beliau meminta supaya setiap PDM memperkasakan gerek kerja masing-masing.
"PRU kali ini jentera serta ahli perlu menampilkan semangat yang luar biasa kerana kita menuntut kemenangan untuk membentuk kerajaan yang stabil," katanya.

Tambah Bung, PRU kali ini jentera negeri akan berhadapan secara berseorangan jadi kesiapsiagaan perlulah menyeluruh.
"Disebabkan ini semua parti komponen BN di setiap Bahagian akan bergerak sebagai jentera BN dan bukannya mewakili parti masing-masing, " kata Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan itu.
Mengulas sambutan ahli parti BN dalam program pelancaran Gelombang Biru dan pelancaran jentera BN yang telah diadakan di beberapa bahagian iaitu di Tawau dan Kota Belud, Bung menyifatkan sambutan kali ini agak luar biasa.
"Semangat dengan kehadiran yang ramai ketika pelancaran menunjukkan komitmen yang tinggi di kalangan ahli dan jentera parti dan semangat ini perlu kita bawa turun ke bawah ke peringkat PDM apabila PRU Ke-15 diadakan.
"Program Gelombang Biru serta Pelancaran jentera BN ini akan kita teruskan ke beberapa bahagian mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi memberi suntikan semangat kepada ahli-ahli di peringkat akar umbi " tambah Bung.
Mengenai soal calon, Bung berkata BN Sabah khususnya UMNO sudah menerima senarai calon yang dicadangkan dari setiap bahagian.
"Kita sedang meneliti dan memperhalusinya sebelum memuktamadkan bila tiba masanya kita mengumumkan calon-calon yang bertanding," katanya.
Sumber : Utusan Borneo