30 Petani Di Keningau Terima Sumbangan Alat Penyembur

SERAHKAN: Robert (dua kanan) menyerahkan tong penyembur  kepada seorang penerima dari Kg Tangkongon,  Yojod Egai. (Kredit Foto : Utusan Borneo)

KENINGAU: Seramai 30 orang petani di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor menerima alat penyembur (knapsack sprayer) yang disumbangkan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik dalam satu majlis yang diadakan di Balai Raya Kampung Bunsit, Bingkor kelmarin.

Para penerima terdiri daripada 13 orang peserta Projek Pakej Peningkatan Hasil Padi dan 17 orang Pengusaha Padi Terpilih yang disenaraikan oleh Jabatan Pertanian Daerah Keningau.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor dalam ucapannya, mohon agar pihak jabatan pertanian daerah mengadakan program pertanian khas untuk golongan belia dan beliawanis bagi menanam dan menarik minat golongan itu berkecimpung dalam bidang pertanian moden.

Beliau juga berharap agar para pengusaha padi di kawasan terpilih untuk pelaksanaan projek pakej peningkatan hasil padi pada tahun ini sekaligus memanfaatkan peluang daripada pihak jabatan pertanian menyediakan kuota projek seluas 20 hektar bagi kawasan DUN Bingkor.

Para penerima sumbangan yang ditemui, rata-rata merakamkan penghargaan terima kasih kepada Robert atas pemberian alat penyembur tersebut yang sudah tentu dapat membantu mempermudahkan kerja-kerja disawah padi.

Hadir sama Ketua Daerah, OKK Daniel Palangi; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor Junior Fred; Staf pejabat UPPM dan Pejabat ADUN Bingkor serta kakitangan Pejabat Pertanian daerah Keningau termasuk beberapa pemimpin masyarakat setempat.\

Sumber : Utusan Borneo




Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama