Kecuaian Penjaga Lintasan Rata Punca Kemalangan Kereta Api

 

Kredit Foto : FB Kelab Info Malaysia

KOTA KINABALU: Insiden kemalangan kereta api di lintasan rata persimpangan bertingkat Jalan Lintas - kepayan, dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, semalam dikenal pasti berpunca daripada kecuaian penjaga lintasan rata.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar  Radin, berkata berdasarkan laporan Jabatan Negeri Sabah  (JKNS), tiada penjaga bertugas di pondok lintasan rata di persimpangan terbabit ketika kejadian pada jam 2.40 petang tadi.

Bliau berkata, ketiadaan penjaga yang sepatutnya bertugas di pondok lintasan rata terbabit menyebabkan siren amaran dan palang landasan kereta api tidak dapat diaktifkan ketika kereta api terbabit tiba di lintasan rata berkenaan.

"Apabila kereta api sampai di lintasan rata Jalan Lintas - Kepayan (Flyover KKIA, penjaga lintasan tidak berada di pondok beliau dan mengakibatkan semua palang keselamatan serta siren gagal diaktifkan.

"Akibatnya kereta api bertembung dengan sebuah lori dn kereta pacuan empat roda milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS). Kedua-dua kenderaan ini bergerak dari Jalan Lintas - Kepayan menuju ke  KKIA.

"Lori terbabit mengalami kerosakan minimum tetapi kenderaan pacuan empat roda JPVS mengalami kerosakan yang agak teruk di bahagian badan, manakala kereta api mengalami kerosakan sedikit di bahagian penutup enjin.

"Palang keselamatan lintasan rata juga mengalami kerosakan akibat daripada pelanggaran itu," katanya ketika mengulas punca kemalangan berkenaan, di sini, semalam.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya negeri, berkata ketika kejadian, kereta api yang dalam perjalanan dari Beufort ke Kota Kinabalu itu membawa lebih 70 penumpang, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Katanya, pemandu lori dan kereta pacuan empat roda yang dirempuh kereta api juga dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata, ketika kejadian kereta api terbabit terlewat sejam daripada jadual asal perjalanan disebabkan kerosakan lokomatif kereta api yang bertolakn dari Kota Kinabalu ke Beufort pada jam 7.45 pagi tadi.

Kerosakan itu katanya, menyebabkan kereta api yang sepatutnya bertolak dari Beufort ke Kota Kinabalu pada jam 11 pagi tadi hanya dapat bertolak pada jam 12 tengahari dan tiba di lokasi kemalangan pada jam 2.40 petang.

"Perkhidmatan PU502 itu yang terlewat daripada jadual asal mendapat kebenaran  untuk berlepas untuk meneruskan perjalanan ke sektor Kinarut ke Kota Kinabalu apabila sampai di Stesen  Kinarut.

"Kebenaran iu diberikan kepada pemandu kereta api oleh Ketua Stesen Kinarut setelah endapat kepastian bahawa semua penjaga linta san berada di pondok lintasan rata masing-masing, namun apabila sampai di lintasan rata Jalan Lintas - Kepayan, penjaga tida di pondoknya," katanya.

Berikutan itu, Bung Moktar berkata, siasatan awal mendapati kecuaian manusia di pihak pengawal lintasan rata mengakibatkan kemalangan kereta api terbabit, namun siasatan rapi unuk memastikan punca kecuaian itu akan di buat segera.

Sementara itu, Katanya JKNS akan memastikan setiap maklumat seperti kebenaran untuk berlepas disampaikan dengan tepat dan jelas kepada penjaga lintasan rata serta memastiakn setiap pengawal lintasan rata berada di pondok lintasan rata ketika menjalankantugas.

"Selain itu, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di bahagian hadapan keapala kereta api akan dilakukan serta merta untuk memastikan rakamankemalangan dapat diambil untuk merakam kehadiran setiap kakitangan yang bertugas ketika operasi perkhidmatan.

"Proses penubuhan Bahagian Pemantauan dan Koordinasi JKNS juga akan dipercepatkan untuk memastikan setiap prosedur operasi standard (SOP) dapat dikawal selia dengan lebih baik pada masa akan datang," katanya.


Sumber : DEASOKA


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama