ANIFAH : MASA MUSA SUDAH BERLALU, BIARLAH ORANG LAIN AMBIL ALIH


 KOTA KINABALU: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman 
berpendapat, abangnya, Tan Sri Musa Aman perlu memberi laluan kepada orang lain untuk memimpin Sabah.

“Saya fikir beliau telah melakukan yang terbaik untuk Sabah, tetapi saya berpendapat beliau (Musa) perlu bagi laluan kepada orang lain untuk ambil alih.

“Musa adalah abang saya, sudah tentu saya sayangkan dia, tapi politik berbeza di Kuala Lumpur, banyak orang-orang berbeza di sini pun (Datuk) Jefrey Kitingan dan (Tan Sri) Pairin Kitingan.

“Mereka juga berlawan, malah satu kawasan lagi, sebagai seorang rakyat Sabah, saya amat menghargai apa dilakukan Musa, tetapi saya fikir masanya sudah berlalu, biar orang baru mengambil alih,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Sementara itu, Anifah berkata parti itu sedia berkerjasama dengan parti tempatan lain yang mempunyai misi dan visi yang sama dengan parti diterajuinya.

Bagaimanapun, katanya, parti yang baru dijenamakan semula beberapa minggu lalu itu buat masa ini akan bergerak sendirian bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Kita boleh bekerjasama (dengan parti tempatan lain) jika ada misi dan visi yang sama, kerana matlamat kita adalah untuk berjuang untuk orang Sabah.

”Ya kalau Warisan mempunyai misi dan visi yang sama, kenapa tidak (bekerjasama) tetapi bagi saya PCS dan Warisan ini bagai langit dengan bumi,” katanya.-beritasabah.com


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama