Amaran Kepada Pemilik Premis Tidak Patuhi SOP

 

POLIS Bandaraya mendapati kira-kira 33 orang di dalam premis ini melanggar SOP yang diperlukan

KOTA KINABALU: Pemilik premis yang gagal memastikan pelanggan memberikan perincian mereka dan mengambil suhu badan sebelum memasuki premis mereka boleh berdepan tindakan undang-undang.

Ketua Polis Bandaraya ACP Habibi Majinji berkata pelanggan dan pekerja juga boleh diambil tindakan kerana gagal mematuhi Prosidur Operasi Standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata demikian susulan penangkapan 33 orang termasuk pemilik premis di sebuah premis perniagaan di Kompleks Sinsuran apabila polis menyerbu dan memeriksa tempat itu di bawah operasi OP Cantas / Covid-19 jam 9.40 malam Sabtu, selepas menerima maklumat awam.-Berita Harian

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama