SEMPORNA: Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 375 liter minyak diesel bersubsidi serta sebuah kenderaan jenis single cab bernilai RM20,816.25 dirampas dalam Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) di sini.
Rampasan itu susulan satu kes yang diserahkan oleh Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna selepas operasi dijalankan di sekitar Jeti Kampung Air, Pekan Semporna pada 16 Jun lalu.
KPDN Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, rampasan membabitkan 15 jeriken berisi 375 liter minyak diesel yang dipercayai cuba diseleweng serta sebuah kenderaan disyaki digunakan untuk mengangkut bahan api berkenaan.
“Nilai rampasan barang kawalan dianggarkan sebanyak RM806.25, manakala keseluruhan nilai rampasan termasuk kenderaan berjumlah RM20,816.25,” menurut kenyataan KPDN Sabah, hari ini.
Susulan itu, KPDN cawangan Semporna membuka satu kertas siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) bagi tindakan lanjut.
Katanya, operasi berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi di Semporna dan kawasan perairan sekitarnya.
Menurut KPDN, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau syarikat yang terlibat dalam kegiatan penyelewengan barang kawalan kerana perbuatan tersebut menjejaskan kepentingan rakyat dan negara.
Di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM3 juta bagi kesalahan berikutnya atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi syarikat pula, denda sehingga RM2 juta boleh dikenakan bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya jika disabitkan kesalahan.
KPDN turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyelewengan barang kawalan bersubsidi melalui saluran aduan rasmi kementerian bagi membantu memperkukuhkan tindakan penguatkuasaan.