Nasihat tsunami susulan gempa Mindanao ditamatkan - MET Malaysia

 

Ihsan: Video warganet.

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menamatkan nasihat tsunami yang dikeluarkan susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 di Mindanao, Filipina pada jam 12 tengah hari ini.

MET Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan nasihat tsunami yang diumumkan pada jam 8.36 pagi hari ini secara rasmi ditamatkan berkuat kuasa jam 12 tengah hari selepas perkembangan semasa dipantau dan dinilai.

"NASIHAT TSUNAMI yang dikeluarkan pada jam 8.36 pagi, 8 Jun 2026 adalah DITAMATKAN pada jam 12.00 tengah hari, 8 Jun 2026,"katanya. 

MET Malaysia turut memaklumkan bahawa kenyataan berkenaan merupakan maklumat terakhir yang dikeluarkan berhubung kejadian gempa bumi tersebut kecuali sekiranya terdapat perkembangan atau maklumat tambahan pada masa akan datang.

Sebelum ini, MET Malaysia mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat yang berlaku di Mindanao dengan jangkaan tsunami setinggi 0.4 meter berpotensi melanda kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu antara jam 10.30 pagi hingga 12 tengah hari.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama