KOTA KINABALU: Seramai 60 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dari seluruh batalion di bawah Briged Sabah hari ini, berjaya menamatkan Kursus Asas Latihan PGA Siri 1/2026 yang berlangsung selama hampir tiga bulan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kota Kinabalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, kursus yang berlangsung selama dua bulan 20 hari itu bertujuan melengkapkan anggota dengan ilmu dan kemahiran asas yang diperlukan dalam melaksanakan tugas sebagai barisan hadapan pasukan keselamatan.
“Latihan berkenaan merangkumi pelbagai aspek termasuk teknik pertempuran di kawasan hutan dan bukan hutan, kemahiran mempertahankan diri, survival serta penugasan khusus PGA.
“Anggota yang mengikuti kursus ini telah menjalani latihan secara intensif di Pulapol Kota Kinabalu dan beberapa lokasi lain bagi memastikan mereka benar-benar bersedia menghadapi pelbagai cabaran semasa bertugas.
“Latihan ini penting dalam membentuk anggota PGA yang cekap, berdisiplin dan mempunyai tahap kesiapsiagaan yang tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Kursus Asas Latihan PGA Siri 1/2026 Pulapol Kota Kinabalu di IPK Sabah, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, latihan berkenaan akan diteruskan secara berkala bagi memastikan semua anggota PGA di Sabah menerima latihan yang mencukupi, terutama selepas pertambahan tiga batalion PGA di negeri ini.

Katanya, kapasiti latihan di Pulapol Kota Kinabalu yang mampu menampung kira-kira 60 peserta bagi setiap siri menyebabkan latihan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memenuhi keperluan semasa pasukan.
Dalam pada itu, Jauteh berkata anggota PGA perlu mempunyai ciri fleksibel dan mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai bentuk penugasan sama ada di kawasan bandar, komuniti mahupun hutan.
“Mereka merupakan anggota barisan hadapan yang perlu sentiasa bersedia berdepan apa juga cabaran. Dalam apa jua keadaan, mereka tidak boleh goyah dan perlu kekal stabil ketika melaksanakan tugas.
“Jadi, itulah ciri-ciri yang diperlukan daripada semua anggota polis,” ujar beliau.

.png)