TAWAU : Seramai 250 kanak-kanak
sekitar Tawau diraikan dalam Majlis Jamuan Teh sempena Sambutan Ulang Tahun
Kelahiran Rasmi Yang Ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tahun
2026 di sini, pada Sabtu.
Dalam majlis berkenaan, Tun Musa
menyampaikan sumbangan beg dan peralatan sekolah kepada kanak-kanak berkenaan.
Selain itu, Tun Musa turut
menyampaikan sumbangan wang tunai masing-masing berjumlah RM2,000 kepada 10
pertubuhan dan kebajikan daerah Tawau antaranya Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak
Tawau, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Kem Kabota dan Taman Didikan
Kanak-Kanak Kurang Upaya Sri Stella.
Majlis juga diserikan dengan
persembahan tarian dan nyanyian yang menampilkan pelajar-pelajar sekolah rendah
sekitar daerah Tawau.
Hadir sama, Menteri Pembangunan
Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan,
Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Rina Jainal,
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Dr. Andi Md.
Shamsureezal Mohd Sainal, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab
dan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui.
