Top 10 Sodop Piintutunan UNK2026 mara ke pentas akhir esok

Barisan finalis Sodop Piintutunan UNK 2026 yang akan berentap pada peringkat akhir esok.


KOTA KINABALU: Sepuluh finalis berjaya mara ke pentas akhir dalam program Sodop Piintutunan Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2026 yang akan berlangsung di Hongkod Koisaan KDCA pada esok hari.


Program berkenaan dibahagikan kepada dua kategori berbeza yang merangkumi Basaan Tinandai Togingo dan Basaan Tinunturu om Linangkitan Notinagas.


Finalis yang terpilih bagi kategori Basaan Tinandai Togingo ialah wakil dari daerah Pulau Banggi, Tuaran, Kuala Penyu, Telupid dan Papar.


Sementara itu, bagi kategori Basaan Tinunturu om Linangkitan Notinagas, lima finalis terbaik terdiri daripada wakil Tanjung Aru, Bandaraya Kota Kinabalu, Tamparuli, Ranau dan Kiulu.


Kesemua keputusan itu diumumkan selepas 50 finalis Unduk Ngadau memperagakan pakaian mereka pada perasmian Sodop Piintutan Unduk Ngadau Kaamatan 2026 yang diadakan yang di hotel Hilton, di sini, pada malam Rabu.


Program Sodop Piintutunan merupakan antara acara sempena Pesta Kaamatan yang mengetengahkan finalis Unduk Ngadau Kaamatan 2026 serta elemen budaya dalam mempergayakan fesyen tradisional bagi masyarakat Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR).


Berita lanjut akan menyusul… ‎


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama