Teknologi solar, IoT bantu atasi isu air Kampung Lok Dangkaan

PITAS: Penduduk Kampung Lok Dangkaan kini menikmati akses lebih baik dengan menerima bekalan air bersih menerusi projek pembangunan loji air berasaskan teknologi solar dan Internet of Things (IoT).

Peruntukan sebanyak RM289,714 daripada Agensi LAKSANA di bawah Kementerian Kewangan Malaysia melalui Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dilantik sebagai ketua pelaksana projek. 

PBNS dalam satu kenyataan berkata, projek itu merupakan inisiatif bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar yang sebelum ini berdepan kesukaran mendapatkan sumber air bersih.

Hasil pelaksanaan itu, sebuah loji mini bekalan air bersih berjaya dibangunkan menggunakan teknologi solar dan IoT bagi memastikan operasi lebih cekap dan mampan.

“Projek ini merupakan satu inisiatif penting dalam usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar, khususnya dalam menangani cabaran mendapatkan bekalan air bersih.

“Dengan penggunaan teknologi solar dan IoT, loji ini bukan sahaja mampu beroperasi secara lebih efisien, malah memastikan bekalan air dapat disalurkan secara berterusan,” katanya.

Loji berkenaan mampu membekalkan sehingga 30,000 liter air bersih sehari, sekali gus memberi manfaat kepada kira-kira 300 penduduk kampung tersebut.

“Loji ini mampu membekalkan air bersih sebanyak 30,000 liter sehari kepada kira-kira 300 penduduk Kampung Lok Dangkaan,” ujarnyaX 

Inisiatif itu dilihat sebagai langkah penting dalam memperluas akses kemudahan asas di kawasan luar bandar, selain menyokong penggunaan teknologi hijau dalam pembangunan komuniti.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama