KOTA KINABALU:
Program anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerusi platform
MYFutureJobs itu dijangka menghimpunkan lebih 50 majikan terkemuka yang
menawarkan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan daripada pelbagai sektor industri
untuk orang Sabah.
Menurutnya,
karnival ini bukan sahaja memberi peluang kepada pencari kerja menghadiri temu
duga secara terus, malah membuka ruang kepada graduan baharu, golongan belia
serta individu yang ingin beralih kerjaya untuk mendapatkan pekerjaan yang
lebih sesuai dengan kemahiran dan minat mereka.
Karnival ini
akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 5 petang, di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Sabah (SICC).
“Sektor yang
dijangka terlibat termasuk perhotelan, peruncitan, perkhidmatan, pembinaan,
minyak dan gas, teknologi serta sektor korporat yang menawarkan jawatan di
pelbagai peringkat kelayakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya,
program ini menyediakan platform pertemuan terus antara majikan dan pencari
kerja, sekali gus membantu mempercepat proses pengambilan pekerja, khususnya
dalam kalangan anak tempatan Sabah.
“Orang ramai
yang berminat disaran membawa ‘resume’ terkini, sijil berkaitan dan berpakaian
kemas bagi memudahkan sesi temu duga dijalankan sepanjang karnival
berlangsung,” jelasnya.
Selain peluang
pekerjaan, pengunjung juga berpeluang mendapatkan khidmat nasihat kerjaya,
semakan resume serta maklumat berkaitan inisiatif pekerjaan dan perlindungan
sosial yang disediakan kerajaan.
Karnival ini
dijangka menjadi antara platform terbesar peluang pekerjaan di Sabah tahun ini
bagi membantu mengurangkan kadar pengangguran dan memperkukuh pasaran tenaga
kerja negeri.
Pendaftaran
awal boleh dibuat menerusi laman rasmi MYFutureJobs di www.myfuturejobs.gov.my/careerfair
