Gelvia Vanessa raih lima anugerah subsidiari sempena malam Sodop Piintutunan UNK 2026

KOTA KINABALU: Wakil Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Papar 2026, Gelvia Vanessa Jenny muncul antara peserta paling menyerlah dengan berjaya merangkul lima anugerah subsidiari pada Majlis Makan Malam Sodop Piintutunan UNK yang berlangsung di Hongkod Koisaan KDCA, di sini. 

Gelvia membawa pulang anugerah Miss Glowing Skin Vaseline, Tati’ Vozoon Qhazanah, Tati’ Huhundu’ Mantra, Miss Can 2026 dan Tati Topiodo pada majlis anugerah berkenaan. 

Setiap anugerah yang dimenangi beliau turut mengiktiraf ciri kepimpinan, karisma, keberanian dan personaliti yang menyerlah sepanjang pertandingan berlangsung.

Turut mencuri perhatian ialah wakil Unduk Ngadau Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu, Liane Melve Grace Lias yang meraih tiga anugerah subsidiari iaitu Tati Waig JETAMA, Tati Tagaras Pepsi serta Tati’ Tavaada’ Imago.

Beberapa peserta lain turut menerima pengiktirafan subsidiari mengikut kategori masing-masing.

Evyanarey Larry, Unduk Ngadau (UN) dari Tamparuli berjaya membawa pulang dua anugerah iaitu Tati Ogingo Kidum Smile Borneo dan Tati Tahadau KupikupiFM. 

Manakala, Unduk Ngadau yang mewakili daerah Pitas, Jean Christzabeth Yusevender memenangi Tati Kaanangan Maxis.  

Wakil UN Keningau, Edreen Lynn Edward pula diumumkan sebagai penerima Tati Tabaal Kovac, sementara Althea Tan Pin Yan dari Kota Belud memenangi Tati’ Jesselton University College.

Bagi kategori Tati’ Ngingis Koimazaan Fresh & White, anugerah itu dimenangi wakil UN Tuaran, Juje Elor @ Francis.

Dalam pada itu, dua kategori utama Sodop Piintutunan UNK2026 turut diumumkan iaitu Sodop Basaan Tinandai Togingo yang dimenangi wakil UN Telupid, Cyra Eva Bella Stephen serta Basaan Tinunturu om Linangkitan Notinagas (Pakaian Sulaman Tercantik) milik wakil UN Ranau, Christebell Masius.

Anugerah Tati Tosuau pula dimenangi oleh wakil UN KDCA Penang, Jeraahfinah Jonis.

Turut hadir bagi menyampaikan beberapa anugerah utama berkenaan ialah Toh Puan Faridah Haji Tusin dan isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Panglima Juliah Salag, sekali gus menambah kemeriahan majlis berprestij itu.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama