Bekas Pengarah JANS dijatuhi hukuman penjara 96 tahun, denda RM284.3 juta


KOTA KINABALU: Bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Ag Mohd Tahir Mohd Talib, dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 96 tahun dan denda RM284.3 juta selepas didapati bersalah atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, hari ini.

Hakim Abu Bakar Manat menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah turut mengenakan denda keseluruhan sebanyak RM284.3 juta terhadap tertuduh.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, Ag Mohd Tahir berdepan tambahan hukuman penjara selama 78 bulan.

Dalam pada itu, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.

Kes berprofil tinggi Jabatan Air Sabah itu mendapat perhatian meluas kerana berlarutan hampir sedekad dan dikaitkan dengan antara rampasan terbesar pernah direkodkan dalam kes pengubahan wang haram di Sabah.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama