PENAMPANG: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum terjatuh ke dalam parit di Jalan Kobusak berhampiran Lido Plaza, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Nosoob menuju ke lampu isyarat Kobusak.
Menurutnya, ketika tiba di satu selekoh berhampiran lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum motosikalnya terbabas ke bahu kiri jalan dan terjatuh ke dalam parit.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan mayat kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk proses bedah siasat.
“Kes berkenaa disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta memandu dengan berhati-hati, khususnya di laluan berselekoh yang berisiko tinggi.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Penampang atau pegawai penyiasat kes,” katanya.