SANDAKAN: Kebakaran yang memusnahkan kira-kira 30 rumah di Jalan Bokara, Kampung Karamunting, awal pagi tadi merupakan kejadian kedua besar melanda daerah ini dalam tempoh 12 hari.
Terdahulu pada 18 April lalu, kebakaran besar dilaporkan memusnahkan kira-kira 1,000 rumah di Kampung Bahagia, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.
Dalam kejadian terbaharu jam 3.16 pagi tadi, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima panggilan kecemasan sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan digerakkan ke lokasi.
Ketua Balai BBP Sandakan, Jimmy Lagung, berkata pasukan tiba pada jam 3.34 pagi selepas menempuh perjalanan sejauh 16 kilometer.
“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran membabitkan kira-kira 30 rumah jenis tidak kekal dengan keluasan anggaran 3.5 ekar dan terbakar sepenuhnya.
“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan tiga aliran sepanjang 500 kaki dengan lima pancutan air daripada sumber tangki jentera, lori tangki serta pili bomba berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.29 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.01 pagi.
“Tiada kemalangan jiwa atau kematian dilaporkan, namun semua rumah terlibat musnah sepenuhnya.
“Pasukan bomba bagaimanapun berjaya menyelamatkan kira-kira 100 rumah berhampiran daripada turut terbakar,” katanya.
Katanya, perasi itu membabitkan 21 anggota bomba dengan bantuan agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Beliau berkata, pemeriksaan akhir turut dilakukan bagi memastikan tiada lagi risiko bahaya sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya.