KIMANIS: Dua lelaki maut manakala seorang wanita cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Bukit Kimanis-Keningau, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.34 pagi itu, kemalangan membabitkan sebuah Perodua Axia dan Proton Saga yang dilaporkan bertembung.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Nelson Ponji berkata, sepasukan tujuh anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi sejauh 25 kilometer dan tiba pada jam 11.59 pagi.
“Setibanya di lokasi, didapati dua mangsa lelaki iaitu pemandu kedua-dua kenderaan tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
“Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas ‘rescue tools’ sebelum kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, seorang lagi mangsa wanita yang juga penumpang Perodua Axia mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Operasi dikawal pada jam 12.20 tengah hari dan ditamatkan sepenuhnya 10 minit kemudian selepas dipastikan tiada lagi bahaya di lokasi,” katanya.