KOTA
KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman berangkat ke Sandakan bagi
mengadakan lawatan kerja selama dua hari.
Beliau yang
diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin berlepas menaiki pesawat khas dari
Balai Kenamaan, Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA)
pada jam 12.00 tengah hari.
Sebelum
berlepas, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Abdul Razak Hamdin memimpin
acara bacaan doa selamat.
Tun Musa
dijadual akan merasmikan Masjid Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia
Sabah (UMS) Kampus Sandakan, menghadiri Majlis Iftar Perdana UMS dan lawatan ke
Pusat Pentadbiran Islam Sandakan.
Hadir di Balai Kenamaan bagi mengiringi keberangkatan beliau ialah Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBSK), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Setiausaha Tetap KBSK, Datuk Mansur Asun, Pengarah Bahagian Istiadat dan Protokol, Jabatan Ketua Menteri, Syahrin Samsir serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.
