Tun Musa Terima Kunjungan Perpisahan Yamashita Yoshito

KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menerima kunjungan perpisahan Ketua Pejabat Konsular Jepun bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, Konsul Jeneral, Yamashita Yoshito, pada Khamis.

Kunjungan di Istana Seri Kinabalu itu diadakan sempena tamat tempoh perkhidmatan Yamashita di Sabah selepas berkhidmat kira-kira dua setengah tahun dan dijadual berakhir pada penghujung Mac ini. 


Dalam kunjungan tersebut, beliau menyatakan penghargaan atas hubungan baik yang terjalin antara Jepun dan Sabah sepanjang tempoh perkhidmatannya di negeri ini.


Beliau turut menyuarakan harapan agar penerbangan terus antara Jepun dan Sabah dapat disambung semula bagi memudahkan perjalanan serta meningkatkan kehadiran pelancong dari negara itu.


Menurutnya, ketika ini dianggarkan kira-kira 300 rakyat Jepun menetap di Sabah dengan sekitar 100 daripadanya tinggal di Kota Kinabalu.


Hadir sama, pengganti Yamashita, Nakasuji Hisaki.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama