Tun Musa Hadir Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga JKDM Sabah

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Pengurusan Tertinggi dan Warga Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah, pada Khamis.

Dalam acara yang diadakan di Masjid Al-Abid, Desa Kastam Sepanggar itu, Tun Musa turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Pondok Pengajian Muslimah Tarbiyatun Nisa serta peralatan memasak kepada masjid itu.


Selain itu, Tun Musa juga sempat menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama warga JKDM Sabah.


Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, Ketua Pengarah Kastam, Dr Ahmad Taufik Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri), Siti Mang dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Abdul Rani Alias.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama