TUARAN: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas di sebuah sungai di Kampung Rangalau Lama, Jalan Kiulu, di sini, pada petang Ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Kurong AK Beki berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.49 petang.
Menurutnya, seramai tiga anggota dari BBP Tuaran bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 25 kilometer dari balai.
“Maklumat awal memaklumkan mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam sungai dan tidak timbul sebelum kejadian itu dimaklumkan rakan mangsa kepada orang awam yang berada di lokasi.
“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, mangsa telah ditemui oleh orang awam dan dihantar ke hospital oleh pihak polis untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pasukan bomba kemudian menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada lagi bahaya lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.30 petang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Kurong AK Beki berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.49 petang.
Menurutnya, seramai tiga anggota dari BBP Tuaran bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 25 kilometer dari balai.
“Maklumat awal memaklumkan mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam sungai dan tidak timbul sebelum kejadian itu dimaklumkan rakan mangsa kepada orang awam yang berada di lokasi.
![]() |
| Mangsa ditemui orang awam. |