KOTA KINABALU: Semua pihak
berkuasa tempatan (PBT) di Sabah perlu terus meningkatkan prestasi dan
melakukan penambahbaikan dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Exco Agama Sabah, Arifin
Mohd Arif berkata perkara itu ditekankan menerusi program amanat menteri
bersama warga kementerian yang melibatkan seluruh PBT di Sabah.
Program tersebut menghimpunkan
warga PBT daripada 26 majlis daerah dan majlis perbandaran di seluruh negeri
selain pegawai di ibu pejabat serta agensi di bawah kementeriannya.
“Melalui amanat ini, saya meminta
semua pihak untuk meningkatkan prestasi dan membuat penambahbaikan dalam
pelaksanaan tugas.
“Saya melihat majlis daerah,
majlis perbandaran dan semua agensi di bawah kementerian telah melaksanakan
tanggungjawab dengan baik, namun masih ada ruang untuk kita menambah baik
perkara yang perlu,” katanya.
Belia berkata demikian ketika
ditemui pemberita selepas menyampaikan amanat menteri kepada warga KKTP dan
berbuka puasa di Wisma Innoprise, di sini, pada Khamis.
Menurut beliau, kementerian akan
terus memantau pelaksanaan tugas di semua PBT selain menerima cadangan serta
maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk pegawai dan masyarakat setempat.
Dalam pada itu, beliau berkata
pihaknya bersama pembantu menteri serta Setiausaha Tetap kementerian akan
sentiasa turun padang bagi menilai sendiri pelaksanaan program daripada pihak
berkaitan.
“Anti Bribery Management System
(ABMS) ini sudah diseleraskan dan akan diadakan di seluruh daerah untuk melalui
ketua-ketua eksekutif masing-masing,” jelasnya.
Sementara itu, beliau turut
memaklumkan akan mengadakan jelajah ke seluruh setiap daerah bagi melaksanakan
beberapa program bersama pihak KKTP dan agensi di bawah Hal Ehwal Agama Islam
Sabah.
“Kita akan bersuai kenal dan
bermahabah dengan kakitangan di setiap daerah, majlis daerah serta majlis
perbandaran.
“Kita akan laksanakan jelajah ini
selepas Ramadan,” ujar beliau.
