KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dikeluarkan pada 10.30 pagi tadi, dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah sehingga Rabu ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa amaran hujan berterusan itu melibatkan kawasan bahagian Sandakan iaitu Telupid, Kinabatangan, dan Beluran.
Sementara itu, kawasan Kudat juga berada dalam senarai lokasi yang dijangka mengalami hujan lebat berterusan sepanjang tempoh berkenaan.
