PH Sabah adakan mesyuarat esok, tentukan hala tuju baharu

Mustapha ketika ditemui pada sidang media, di sini, pada Sabtu.


KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah akan mengadakan mesyuarat pada esok hari bagi menentukan hala tuju politik gabungan itu termasuk penstrukturan semula kepimpinan negeri. 


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata mesyuarat itu akan membincangkan penstrukturan semula kepimpinan PH Sabah dan merangka hala tuju baharu Pakatan Harapan bagi menghadapi cabaran politik semasa.


“Kita akan mengadakan mesyuarat esok petang. Kita akan menstrukturkan semula PH dan juga the way forward untuk PH,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media Semonar Kenegaraan Malaysia MADANI yang bertempat di Hotel Ming Garden, di sini, pada Sabtu. 


Beliau turut menegaskan bahawa keputusan akan dibuat mengikut persetujuan semua pihak sebelum diumumkan kepada media. 


“Kita akan berbincang dan kena Konsensus siapa yang akan mengetuai PH Sabah pada sesi kali ini,” jelasnya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama