Inkues Zara Qairina: Pelajar A dan Zara bergambar ceria dipaparkan di Mahkamah Koroner hari ini


KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini dipaparkan gambar dan video yang menunjukkan reaksi ceria Pelajar A bersama allahyarhamah Zara dan rakan-rakan lain di asrama sekolah. 


Visual gambar bertarikh 14 Mac 2025 dan dua video yang dipaparkan oleh peguam ibu Zara, Shahlan Jufri itu bagi memberi gambaran bahawa hubungan mereka lebih mesra daripada dakwaan awal mengenai Allahyarhamah Zara suka membuli pelajar A. 


Ibu Pelajar A, 42 tahun, memaklumkan bahawa wujud dakwaan buli ketika Zara sering menuding jari kepadanya. 


“Pelajar A berkata Zara sering menuduhnya melakukan perkara yang dia tidak buat, terutama berkaitan kebersihan dorm. 


“Zara sering menuding jari ke arah pelajar A.


“Pelajar A sering mengadu kepada saya melalui panggilan telefon, berkali-kali. 


“Pelajar A pernah memberitahu saya bahawa dia dipaksa berkawan dengan Zara. 


“Jika pelajar A tidak mahu berkawan, Zara akan mengadu kepada senior dan senior akan memarahi pelajar A,” tambahnya. 


Namun beliau menambah bahawa persahabatan mereka mula baik sejak April 2025, apabila nama Zara tidak lagi disebut.


“Walaupun pada awalnya, Zara menyebabkan dia tertekan. 


“Namun, selepas mula memahami allahyarhamah Zara, ada masa yang membuatkan dia bahagia. Itu perkara biasa dalam hubungan persahabatan,” jelasnya. 


Prosiding inkues yang memasuki hari ke-60 akan bersambung dengan keterangan saksi ke-63 yang dijadualkan pada sesi petang bermula jam 2.00 petang ini.



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama