KOTA KINABALU: Sebagai usaha
membantu golongan memerlukan, Sabah Electricity (SE) menyalurkan zakat wakalah
berjumlah RM60,000 yang memanfaatkan 250 individu terdiri daripada pelajar dan
kelompok asnaf sekitar ibu negeri.
Daripada jumlah tersebut, 100
pelajar daripada Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College
Sabah Foundation (UCSF), manakala 150 lagi penerima terdiri daripada golongan
asnaf yang layak termasuk institusi seperti Ma'ahad Tahfiz Miftahul Ulum
Tanjung Aru serta Masjid Sembulan.
Penyampaian sumbangan
disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan Isteri, Toh Puan
Faridah Tussin dalam acara berbuka puasa, Majlis Seikhlas Budi Sesuci Ramadan
yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka,di sini pada Isnin.
Inisiatif berkenaan mencerminkan
komitmen berterusan SE membantu golongan memerlukan khususnya sepanjang Ramadan
demi kesejahteraan dan kebajikan masyarakat setempat.
Hadir sama, Ketua Menteri Sabah,
Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Panglima Juliah
Salag, Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan
Pengerusi SE, Saadiah Aziz.
