![]() |
| Ihsan: APM Sabah |
KOTA KINABALU: Sebanyak 1,695 penduduk terjejas akibat banjir di beberapa daerah Sabah setakat jam 12 tengah hari ini telah ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (JPBN Sabah) memaklumkan antara PPS yang beroperasi di daerah seperti Pitas, Sook, Sipitang, Beaufort dan Membakut.
“Kumulaif keseluruhan menunjukkan seramai 861 Ketua Isi Rumah(KIR) telah ditempatkan di lima PPS di daerah Pitas,” katanya dalam satu kenyataan.
Lima PPS berkenaan termasuklah di Dewan Majlis Daerah, SK Pekan II, Dewan Terbuka Kanbongan, SMK Pitas dan Dewan Sinukab Kanibongan.
Setakat ini, tiada laporan kematian dilaporkan, manakala operasi bantuan dan pemindahan masih dijalankan bagi memastikan keselamatan penduduk terjejas.
Sementara itu, Jabatan Meterologi Malaysia (METMalaysia) melaporkan amaran ribut petir dan angin kencang bagi daerah Tawau sehinggan 1.00 petang ini.
