![]() |
| Suspek ditahan kerana disyaki cuba menyamar sebagai anggota polis. Foto | Ihsan PDRM |
TAWAU
: Polis menahan dua lelaki disyaki cuba menyamar sebagai anggota Polis Diraja
Malaysia (PDRM) bagi memperdaya orang awam selepas mereka diberkas dalam
rondaan rutin di hadapan sebuah bank di kawasan Fajar, di sini, awal pagi
semalam.
Ketua
Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata tangkapan dibuat
kira-kira jam 1.30 pagi apabila sepasukan anggota mengesan sebuah kenderaan
dalam keadaan mencurigakan sebelum menahannya untuk pemeriksaan lanjut.
“Hasil
pemeriksaan ke atas kenderaan suspek, polis menemukan sehelai vest pantylilan
berwarna hijau bertulis ‘PDRM’ serta sebuah topi bercorak loreng yang
dipercayai digunakan untuk meyakinkan orang awam bahawa mereka adalah anggota
keselamatan,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Beliau
berkata polis turut menemui sebuah beg pinggang yang mengandungi paket plastik
lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat
kira-kira 0.10 gram.
Menurutnya,
kedua-dua suspek warga tempatan masing-masing berumur 32 dan 43 tahun bersama
barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Tawau untuk siasatan lanjut.
“Mereka
ditahan kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan memiliki dadah
berbahaya.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 89 Akta Polis 1967,” katanya.
