Masiung dilantik Pengerusi SEDCO bertaraf Menteri

KOTA KINABALU: Anggota Dewan Undangan Negeri (AD Kuamut Datuk Masiung Banah dilantik sebagai Pengerusi SEDCO yang baharu bertaraf Menteri.

Beliau menggantikan ADUN Kemabong Datuk Rubin Balang yang kini menyandang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Masiung turut mengekalkan jawatan Pengerusi Borneo Cement (S) Sdn Bhd yang dipegangnya sebelum pilihan raya umum negeri Sabah baru-baru ini.

"Terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, atas kepercayaan dan pelantikan sebagai Pengerusi SEDCO yang baharu bertaraf Menteri. 

"Saya berjanji akan memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab demi memajukan syarikat dan menyumbang kepada agenda pembangunan negeri Sabah," katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Dalam PRN yang lepas, Masiung, 53, menang dengan majoriti 457 undi, sekali gus berjaya mempertahankan kerusi DUN Kuamut lima penggal berturut-turut.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama