KOTA KINABALU: Seramai 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2026 pada hari kedua Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17, pada Selasa.
Mesyuarat yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu dipengerusikan oleh Timbalan Speaker DUN, Datuk Al Hambra Tun Juhar.
Memulakan sesi perbahasan ialah ADUN Paginatan, Datuk Rusdin @ Musidi Riman, diikuti ADUN Bugaya, Jamil Hamzah; ADUN Tambunan, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan; ADUN Segama, Muhammad Abdul Karim dan ADUN Liawan, Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi.
Turut mengambil bahagian ialah ADUN Gum-Gum, Arunarnsin Taib; ADUN Dilantik, Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi; ADUN Sebatik, Manahing Tinggilani; ADUN Dilantik, Datuk Abdul Kassim Razali; ADUN Tungku, Assaffal P. Alian dan ADUN Bengkoka, Datuk Harun Durabi.
Perbahasan diteruskan oleh ADUN Karamunting, Wong Tshun Khee; ADUN Dilantik, Grace Lee Li Mei serta ADUN Silam, Datuk Dr. Mohammad Yusof Apdal.
Sementara itu, sesi penggulungan kementerian dimulakan oleh Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR) oleh Menterinya, Datuk Julita Mojungki.
Ia diikuti Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBSK), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Rubin Balang; Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPST&I), Datuk James Ratib serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KEPKAS), Datuk Jafry Ariffin.
Sidang DUN ditangguhkan pada pukul 4.49 petang.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)
