Macam saya selebriti pula, ramai mahu bergambar — Razali Razi

 

KOTA KINABALU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi DUN Darau, Razali Razi hadir di pusat pengundian hari ini mencuri perhatian pengundi yang ingin merakamkan gambar kenangan bersamanya. 

Beliau yang hadir kira-kira pada jam 12.10 tengah hari di Sekolah Agama Negeri (SAN) Likas, turut mengakui berasa gembira dan berdebar kerana ini merupakan kali pertama beliau bertanding.

“Macam saya selebriti pula. Semua orang mahu bergambar. Kalau mahu bergambar, baguslah, ada respon yang positif.

“Ada gembira, tapi rasa berdebar jugak kerana ini kali pertama menjadi calon,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuang undi, di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, Razali turut menyeru pengundi yang masih belum hadir supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka, memandangkan pilihan raya diadakan hanya lima tahun sekali.

“Kalau sejam pun kita kena turun, turunlah. Jangan tangguh lagi. 

“Ini peluang untuk kita melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat.

“Jangan fikir macam-macam lagi, kalau tidak, kita akan menunggu lagi lima tahun untuk pemulihan, pengurusan pentadbiran kerajaan yang baru,” tambah Razali.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama