TENOM: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan Datuk Rubin Balang sebagai calon yang bakal bertanding di Kerusi Dewan Undangan (DU) Kemabong.
Katanya, beliau yakin Rubin bakal memenangi kerusi terbabit sekali lagi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah ke-17 ini.
“Dengan jentera yang kukuh dan sokongan padu daripada para pengundi di Kemabong,
"Insya- Allah Datuk Rubin Balang akan sekali lagi memenangi pilihan raya ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pelancaran Jentera Pilihan Raya GRS Kemabong bertempat di Dataran Daerah Kecil Kemabong, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Hajiji turut berkatatidak seperti pihak pembangkang yang bermain politik dendam apabila mengambil alih kerajaan, kerajaan pimpinan GRS menumpukan kepada pembangunan dan kemajuan melalui Hala Tuju SMJ 1.0.
“Jika rakyat memberikan semula mandat kepada GRS, kita akan meneruskan pembangunan di bawah Hala Tuju SMJ 2.0.
“Kita tidak bermain politik. Kita tidak membuat janji kosong. Kita mempunyai agenda pembangunan, sedangkan pembangkang sanggup berjanji bulan dan bintang,” katanya.
