Anwar Tiba di Tawau, Teruskan Lawatan Kerja ke Sabah

TAWAU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Tawau pada Ahad malam bagi meneruskan lawatan kerja beliau ke Sabah.

Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Tawau pada jam 10.30 malam.

Ketibaannya disambut ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri serta orang ramai yang hadir bagi berpeluang bertemu pemimpin negara itu.

Sepanjang lawatan di Tawau, Anwar dijadual merasmikan Majlis Pelancaran Blok Bangunan Baharu Hospital Tawau dan program Jelajah Malaysia Digital (JMD) Sabah 2025 di Taman Semarak pada Isnin.



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama