Pembubaran DUN Sabah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi - Pejabat Media dan Komunikasi, JKM

 

KOTA KINABALU: Sidang media berhubung tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Pejabat Media dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, pihak media akan menerima jemputan rasmi melalui Note to Editor sebaik sahaja perkara itu ditetapkan.

“Kami mengambil maklum banyak pertanyaan daripada pihak media berkaitan tarikh pembubaran DUN Sabah.

"Justeru, sebarang makluman rasmi akan disampaikan melalui saluran yang ditetapkan apabila tiba masanya,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut turut merakamkan penghargaan atas kerjasama media dalam memberi liputan terhadap perkembangan politik negeri.

Terdahulu, desas-desus mengenai kemungkinan pembubaran DUN Sabah semakin hangat diperkatakan, sekali gus membuka ruang kepada spekulasi berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama