Belanjawan 2026: Sabah terima peruntukan pembangunan paling tinggi sebanyak RM6.9 bilion

 

KUALA LUMPUR: Negeri Sabah memperolehi peruntukan pembangunan paling tertinggi yang telah meningkat kepada RM6.9 bilion berbanding RM4.4 bilion pada tahun 2022.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan terbabit merupakan komitmen kerajaan Persekutuan dalam memastikan kepesatan pembangunan di negeri terbabit.

"Menyemangati Perjanjian Malaysia 1963 (MA93) Kerajaan MADANI bertekad memastikan kepesatan pembangunan di Sabah Sarawak. Ini bukan sekadar janji, tetapi tindakan nyata untuk merapatkan jurang pembangunan terutamanya prasarana asas.

"Peruntukan pembangunan Sabah meningkat kepada RM 6.9 bilion ketimbang RM 4.4 bilion (2022). Sarawak terus meninggi kepada RM 6 bilion ketimbang RM 2.9 bilion (2022)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 bertempat di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengumukan peningkatan pemberian khas bagi negeri Sabah dan juga Sarawak sebanyak RM600 juta.

"Mulai tahun ini, kadar Pemberian Khas Sabah dan Sarawak ditingkatkan kepada RM 600 juta ketimbang RM 300 juta (2023)," katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama