Bantuan secara one-off diberikan kepada pelajar Parlimen Sepanggar masuk universiti - Mustapha

 

KOTA KINABALU: Bantuan khas secara one-off akan diberikan kepada pelajar di Parlimen Sepanggar yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat universiti di Semenanjung, Malaysia atau dalam negeri.

Ahli Parlimen Sepangar, Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata bantuan itu merupakan inisiatif pihaknya bagi meringankan beban kewangan keluarga dan menggalakkan penyertaan pelajar Sabah dalam pendidikan tinggi.

“Mana-mana pelajar kita yang masuk universiti, politeknik, kolej komuniti atau institusi TVET, maklumkan kepada pejabat Parlimen. Kita akan berikan RM500 untuk yang ke Semenanjung dan RM300 bagi yang belajar di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program MADANI Rakyat: Komuniti Inanam di Dewan Datuk Steven Kutai, Kampung Nountun, di sini, hari ini.

Mustapha yang juga merupakan Timbalan Pendidikan Tinggi menambah bahawa inisiatif berkenaan dilaksanakan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam bagi memastikan bantuan yang disalurkan sampai kepada pelajar. 

“Perkara ini akan kita teruskan dan ada banyak lagi sebenarnya yang akan kita laksanakan,” tambahnya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama